Suspek lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan wanita di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapat perintah tahanan reman. - Foto L MANIMARAN
Suspek lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan wanita di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapat perintah tahanan reman. - Foto L MANIMARAN
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd Noor selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 7 pagi semalam, mayat Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak bongsunya tertiarap dengan kesan luka di belakang badan dalam bilik tidur ketika mahu mengejutkannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong dalam kenyataan semalam berkata, suspek yang berniaga di Pasar Besar Gunung Rapat ditahan pada 12 tengah hari, selepas dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Menurutnya, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan tertangkapnya suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 12:21 PM