Pelumba Team Willer Triestina, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketiga Serdang - Pantai Remis Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017. FOTO L MANIMARAN
Pelumba Team Willer Triestina, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketiga Serdang - Pantai Remis Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017. FOTO L MANIMARAN
Azlan Muhammad Zain


Manjung: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Zamri Saleh mencuri tumpuan pada peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila meraih tempat ketiga hari ini.

Ia menebus kekecewaan dua peringkat awal TSG yang gagal meraih sebarang kedudukan podium.

Saingan peringkat ketiga dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, di sini sejauh 118 kilometer dimenangi pelumba Team Wilier Triestina, Jakub Mareczko.

Mareczko mencatat masa dua jam 48 minit 56 saat dengan Scott Sunderland dari Isowhey Sports Swisswellness.

Jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan kekal milik Ryan Gibbons manakala Sunderland jersi Raja Pecut.

Jersi Raja Bukit dimiliki pelumba Infinite AIS Cycling Team, John Kronborg Ebsen manakala jersi terbaik Asia milik Yevgeniy Gidich dari Vino Astana Motors.

Peringkat keempat esok dari Seri Manjung ke Cameron Highlands sejauh 174.4 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 8:57 PM