Keadaan paras air sungai Pahang di kawasan Temerloh, semalam. FOTO NAZIRUL ROSELAN
Keadaan paras air sungai Pahang di kawasan Temerloh, semalam. FOTO NAZIRUL ROSELAN
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my

Kuantan: Seramai 4,122 mangsa banjir daripada 1,115 keluarga di Pahang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara pagi ini berbanding 4,355 orang daripada 1,154 keluarga malam tadi.

Daerah Temerloh mencatat jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu seramai 1,423 orang daripada 363 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, daerah Pekan mencatatkan 1,116 mangsa daripada 309 keluarga manakala daerah Maran seramai 1,055 mangsa daripada 314 keluarga.

"Secara keseluruhan banjir di negeri ini menunjukkan penurunan dari segi bilangan mangsa dipindahkan dan sebanyak 65 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di lima daerah terjejas banjir," katanya.

Selain itu, daerah Bera mencatatkan 490 mangsa daripada 116 keluarga diikuti daerah Rompin 38 mangsa daripada 13 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 9:54 AM