PENUNTUT Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) cawangan Kuantan dan Gua Musang bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar, Jerantut.  yang dilanda banjir. FOTO Nazirul Roselan
PENUNTUT Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) cawangan Kuantan dan Gua Musang bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar, Jerantut. yang dilanda banjir. FOTO Nazirul Roselan
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Banjir di daerah Bera pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga ditutup 6.30 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, Sekolah Kebangsaan Charuk Puting, di Bera yang menjadi lokasi akhir semua mangsa dipindahkan ditutup sepenuhnya petang tadi.

"Secara keseluruhannya, keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah penduduk yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan.

"Sehingga 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang 1,982 orang daripada 555 keluarga berbanding 2,111 orang daripada 584 keluarga petang tadi," katanya.

Menurutnya, daerah Pekan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu 1,498 orang daripada 418 keluarga diikuti daerah Kuantan seramai 208 orang membabitkan 53 keluarga.

Zainal berkata, daerah Maran mencatatkan jumlah mangsa yang terendah iaitu 276 orang daripada 84 keluarga.

"Setakat ini, 30 PPS masih beroperasi di tiga daerah terbabit iaitu 18 di Pekan, sembilan di Maran dan tiga lagi di Kuantan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 11:25 PM