ANTARA mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah. FOTO Farizul Hafiz Awang
ANTARA mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah. FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Banjir di Pahang terus mencatatkan penurunan apabila 2,665 mangsa daripada 771 keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 petang tadi berbanding 4,122 orang daripada 1,115 keluarga pada 8 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, daripada jumlah itu 56 PPS masih beroperasi di lima daerah terjejas banjir berbanding 65 PPS pagi tadi.

"Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,171 mangsa daripada 322 keluarga diikuti daerah Maran 979 mangsa daripada 305 keluarga.

"Temerloh sebelum ini yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi berkurang kepada 314 mangsa daripada 84 keluarga diikuti daerah Bera 165 mangsa daripada 50 keluarga terjejas," katanya.

Beliau berkata, Rompin kekal sebagai daerah paling sikit mangsa banjir dipindahkan iaitu 36 mangsa daripada 12 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 8:49 PM