ZALMAH Hassan, 61, menyidai kain walaupun rumahnya dinaiki air berikutan banjir di Kampung Telok, Pekan, semalam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
ZALMAH Hassan, 61, menyidai kain walaupun rumahnya dinaiki air berikutan banjir di Kampung Telok, Pekan, semalam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Keadaan banjir di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan dengan 2,111 mangsa daripada 584 keluarga dipindahkan setakat 6 petang tadi berbanding 2,096 mangsa daripada 581 keluarga, 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, daerah Pekan kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,481 mangsa daripada 411 keluarga.

Katanya, daerah Maran mencatakan 409 mangsa daripada 116 keluarga sementara daerah Kuantan 183 orang daripada 47 keluarga.

"Pusat pemindahan di daerah Bera menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga. Hingga kini sebanyak 35 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di empat daerah terjejas banjir," katanya.

Katanya, daerah Kuantan yang sebelum ini mencatatkan 168 mangsa daripada 44 keluarga dipindahkan menunjukkan sedikit peningkatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 6:56 PM