Mangsa banjir melihat keadaan air yang melimpahi kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai hingga menenggelamkan tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu. Tingkat atas sekolah tersebut dijadikan Pusat Perpindahan Sementara (PPS)  mangsa banjir. FOTO ASYRAF SAWAL

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang menunjukkan peningkatan pagi ini kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluarga berbanding 5,487 orang daripada 1,464 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, sehingga 8 pagi tadi, daerah Temerloh kekal sebagai daerah paling ramai mangsa dipindahkan dengan 2,202 mangsa daripada 556 keluarga.

"Ia diikuti daerah Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, daerah Maran pula seramai 928 mangsa daripada 270 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara sehingga pagi tadi," katanya.

Zainal berkata, daerah Bera pula merekodkan seramai 782 mangsa daripada 184 keluarga yang masih tinggal di pusat pemindahan sementara diikuti daerah Jerantut 403 mangsa daripada 156 keluarga, daerah Lipis 90 mangsa daripada 24 keluarga dan Rompin 82 mangsa daripada 21 keluarga.

Katanya, hingga kini sebanyak 80 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di daerah yang terjejas banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 10:20 AM