MANGSA banjir terpaksa bermindah dari Pusat Pemindahan Sementara SK Temai ke Institut Kemahiran Belia Negara berikutan peningkatan air Sungai Pahang. FOTO Muhd Asyraf Sawal
MANGSA banjir terpaksa bermindah dari Pusat Pemindahan Sementara SK Temai ke Institut Kemahiran Belia Negara berikutan peningkatan air Sungai Pahang. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang menurun petang ini kepada 4,686 mangsa daripada 1,230 keluarga berbanding 5,595 orang daripada 1,503 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, sehingga 5 petang tadi, daerah Temerloh kekal sebagai daerah paling ramai mangsa dipindahkan dengan 2,005 mangsa daripada 500 keluarga.

Katanya, ia diikuti daerah Pekan dengan 1,142 mangsa daripada 299 keluarga dan daerah Maran dengan 1,014 mangsa daripada 298 keluarga yang masih tinggal di pusat pemindahan sementara.

"Selain itu daerah Bera mencatatkan 462 mangsa daripada 113 keluarga, daerah Rompin 74 mangsa daripada 19 keluarga dan daerah Lipis 19 mangsa daripada enam keluarga," katanya.

Zainal berkata,hingga kini 73 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di enam daerah yang terjejas akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 6:21 PM