Anjing dari Unit K-9 digunakan untuk bantu siasatan kebakaran di Taman Seri Putra, Kampung Cina, Kuala Kedah di sini pagi tadi. FOTO ihsan bomba.
Anjing dari Unit K-9 digunakan untuk bantu siasatan kebakaran di Taman Seri Putra, Kampung Cina, Kuala Kedah di sini pagi tadi. FOTO ihsan bomba.
Zuliayati Zulkiffli


Alor Setar: Dua anjing Unit Pengesan K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan untuk membantu siasatan kebakaran lapan rumah di Taman Seri Putra, Kampung Cina, Kuala Kedah, di sini, pagi tadi.

Pegawai Siasatan Kebakaran JBPM Kedah Khairul Anuar Mhd Sayuti berkata, enam pegawai Bahagian Siasatan Kebakaran dan empat anggota dari Unit K-9 memulakan siasatan jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, dua anjing 'English Springer Spaniel' bernama Rocco dan Reilly itu membantu mengesan saki-baki cecair mudah terbakar untuk membantu siasatan.

"Siasatan dilakukan di sekitar kawasan kebakaran dan dipantau pegawai Unit K-9, P Ravi.

"Sebelum ini kita sudah mengambil keterangan daripada mangsa membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, lapan rumah termasuk sebuah rumah dijadikan tempat penyimpanan ikan dan sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 6:39 PM