Hamzah Osman


DUA anjing Unit Pengesan K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan bagi membantu siasatan kebakaran pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Tembok, dekat Kilim, di Langkawi, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamad Yunus Abu berkata, empat pegawai Bahagian Siasatan Kebakaran dan seorang pegawai penyiasat kebakaran Zon Langkawi serta tiga pegawai dari Unit K-9 memulakan siasatan mulai jam 10.20 malam.

Beliau berkata, dua anjing 'English Springer Spaniel' bernama Geoffrey dan Reilly itu membantu mengesan saki-baki cecair mudah terbakar untuk membantu siasatan.

"Siasatan dilakukan di sekitar kawasan kebakaran dan dipantau pegawai Unit K-9, Pegawai Bomba Kanan I Hamdi Wahab.

"Sebelum ini kita sudah mengambil keterangan daripada mangsa membantu siasatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam ini.

Dalam kejadian jam 3.05 pagi hari ini, seorang kanak-kanak lelaki, Mohammad Syukrey Azrey,8, ditemui rentung, manakala bapanya, Azrey Ali, 34, melecur pada muka dan lengan kiri.

Berita terdahulu:

http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/236013/anak-rentung-ayah-selamat

http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/236134/kuri-nak-baju-melayu-merah...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 12:30 AM
Anggota Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mencari bukti kejadian di tapak kebakaran membabitkan pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Tembok, dekat Kilim, Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Anggota Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mencari bukti kejadian di tapak kebakaran membabitkan pondok pengawal di tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Tembok, dekat Kilim, Langkawi. FOTO Hamzah Osman