Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Lima lelaki dipercayai 'ah long' yang menyimbah cat di rumah milik pengurus syarikat ditahan polis di Puchong, 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen.

Beliau berkata, suspek bertindak demikan kerana mangsa gagal melunaskan hutang yang diponjam dari kumpulan terbabti sebanyak RM12,000.

"Polis turut merampas 95,000 keping poster yang mengandungi nombor telefon dipercayai untuk kegiatan haram mereka.

"Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 2:10 PM
MOHD Zani (dua kiri) menunjukkan poster yang dirampas. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
MOHD Zani (dua kiri) menunjukkan poster yang dirampas. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor