GAUN anggun dengan aksesori ringkas tonjolkan stail wanita chic.
GAUN anggun dengan aksesori ringkas tonjolkan stail wanita chic.
AKSESORI banyak memainkan peranan dalam menghidupkan lagi gaya bagi musim ini.

PADANAN sut dalam rona kontra serlahkan gaya penuh sofistikated.
PADANAN sut dalam rona kontra serlahkan gaya penuh sofistikated.
Nor Faizah Mohamed

Tradisi dan klasik. Tradisi, satu kebiasaan yang kekal secara turun-temurun.

Klasik pula ditafsirkan sebagai sesuatu yang lama tetapi masih mempunyai nilai yang tinggi.

Pada zahirnya ia seiring namun tidak semestinya dua perkara itu sama. Era ini, klasik sering diangkat sebagai inspirasi namun tidak ramai yang sanggup meneruskan tradisi yang diwarisi.

Bagaimanapun jika dua elemen ini digabungkan dalam himpunan pramusim bunga Salvatore Ferragamo, apa yang ditampilkan lebih kontemporari.

Gaya Mediterranean tidak ketinggalan dijadikan rujukan yang menyerlahkan lagi lagak estetika penuh feminin.

Siluet yang terhasil daripada semua kombinasi itu membuatkan rekaan Ferragamo kali ini agak chic dan seiring trend, tanpa mengetepikan aspek formal pada beberapa rekaannya.

Himpunan sedia dipakainya (readyto-wear - RTW) menyerlahkan helaian menarik seperti jaket berzip, sut elegan dengan perincian minimum, gaun anggun dan blaus polos yang daripada fabrik lembut.

Penggunaan aksesori pula lebih berani dengan gelang dempak manakala subang dan rantai dibentuk menyerupai sandal baji yang menjadi item ikonik bagi rumah fesyen dari Itali itu.

Ferragamo juga tidak lokek dengan variasi koleksi kasutnya apabila sepatu pump klasik Vara diberi sentuhan moden dan dibuat daripada material kulit berpaten.

Kasut ballerina Varina pula hadir dalam renda penuh warna dan rekaan sneaker ditambah perincian penuh kemilau.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 5:01 AM