KAWASAN sekitar Pekan Beaufort mula dinaiki banjir. FOTO Ihsan Pejabat Daerah Beaufort

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

Beaufort: Kira-kira 10 kampung di daerah ini mula dinaiki banjir berikutan limpahan air Sungai Padas sejak awal pagi tadi.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, sehingga 11 pagi tadi, bacaan paras air Sungai Padas adalah 8.89 meter dan dijangka terus meningkat.

"Buat masa ini, pihak kami masih membuat pemantauan di beberapa buah lokasi yang dilaporkan banjir dan akan memindahkan mangsa jika keadaan semakin teruk.

"Penduduk di daerah ini juga diminta untuk berjaga-jaga dan berpindah sekiranya paras air semakin meningkat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi.

Katanya, penduduk yang terjejas diminta untuk menghubungi pusat kawalan operasi bencana alam daerah Beaufort ditalian 087-211 146 untuk diberikan bantuan.

Tambahnya, buat masa ini belum ada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdahulu antara kampung terbabit banjir adalah seperti Kampung Binunuk; Balibata; Lumatai; Bakalau dan Jimpanga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 1:25 PM