Kampung Balibata antara kampung yang dinaiki air. FOTO ihsan APM
Kampung Balibata antara kampung yang dinaiki air. FOTO ihsan APM
Norasikin Daineh


SEBELAS kampung di Beaufort dinaiki air selepas paras air Sungai Padas meningkat di paras bahaya setakat jam 10 malam ini.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin, tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

“Paras air Sungai Padas meningkat kepada 8.98 meter dan ia berada di paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam.

“Hasil pemantauan APM, Kampung Binunuk, Kampung Balibata, Kampung Cina, Kampung Jimpangah, Kampung Melulugus, Kampung Bakalau, Kampung Lumatai, Kampung Luagan, Kampung Batu 60, Kampung Lawa dan Kampung Beringin dinaiki air,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Muliadi berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut dibuka pada jam 8.36 malam tadi atas arahan Pegawai Daerah Beaufort.

“Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa dan penduduk diminta supaya sentiasa bersedia untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 11:36 PM