ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memantau keadaan banjir di beberapa kampung sekitar Beaufort. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memantau keadaan banjir di beberapa kampung sekitar Beaufort. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
LEBIH 1,000 penduduk terjejas manakala beberapa laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan akibat banjir. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
LEBIH 1,000 penduduk terjejas manakala beberapa laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan akibat banjir. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
AIR Sungai Padas naik sehingga 9.10 meter melepasi paras bahaya pada 8.70 meter. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
AIR Sungai Padas naik sehingga 9.10 meter melepasi paras bahaya pada 8.70 meter. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


Beaufort: Limpahan Sungai Padas yang mengalir dari Tenom dan Keningau menyebabkan beberapa kampung di daerah ini terjejas dan terputus hubungan disebabkan banjir, sejak awal pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, lebih 1,000 penduduk terjejas manakala beberapa laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Suasa, Lago, Lawa, Bingkul, Balibata, Lumatai dan Gadong.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, paras air Sungai Padas naik sehingga 9.10 meter melepasi paras bahaya pada 8.70 meter.

Katanya, sebanyak tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan lokasinya berhampiran sungai.

"Antara kampung yang dipantau pihak berkuasa adalah Kampung Balibata, Lumatai dan Bakalau.

"Jawatankuasa Bencana Alam Daerah diarahkan supaya memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara sekiranya bacaan paras air sungai semakin meingkat," katanya ketika dihubungi.

Mohd Shaid berkata, pihaknya turut meminta kerjasama penduduk supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:35 PM