ANGGOTA polis dan penduduk tempatan melihat kerosakan jalan raya berhampiran Blenheim, New Zealand selepas gempa bumi. FOTO Reuters
ANGGOTA polis dan penduduk tempatan melihat kerosakan jalan raya berhampiran Blenheim, New Zealand selepas gempa bumi. FOTO Reuters
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South Island di New Zealand pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian pada 8.34 pagi itu berlaku di luar pantai timur South Island, 151 km Timur Laut dari bandar Christchurch.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak 7,648 km tenggara dari Semporna di Sabah.

Malam tadi, gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 92km timur laut dari bandar Christchurch.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 10:29 AM