GEMPA bumi kira-kira 197km dari Padang, Sumatera. FOTO ihsan USGS
GEMPA bumi kira-kira 197km dari Padang, Sumatera. FOTO ihsan USGS
AFP

Jakarta: Gempa bumi kuat melanda barat Indonesia dan pulau utama Filipina, awal pagi hari ini, sehingga menggegarkan bangunan dan penduduk bergegas menyelamatkan diri, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Di Indonesia, gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Ritcher melanda pantai bara pulau Sumatera manakala di Filipina, gempa bumi pada skala 6.4 meletus kira-kira 110 kilometer dari pulau Luzon, kata Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pegawai di kedua-dua negara menyatakan tiada laporan diterima berkaitan kecederaan atau kerosakan harta benda, selain tiada amaran tsunami.

Kejadian di Indonesia pada 4:06 pagi dengan kedalaman 21km dengan jarak 167km dari bandar Pariaman di barat Sumatera.

"Kesan gempa bumi itu dalam dirasakan selama seminit. Penduduk panik berikutan aktiviti geologikal itu," kata Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia, dalam kenyataan.

Gegaran paling kuat dirasakan di utara Sumatera iaitu pulau Nias dan Hibala iaitu kebanyakan penduduk tinggal di rumah kayu.

Zagoto, 50, yang tinggal di selatan Nias berkata, dia bergegas ke luar rumah bersama keluarga sebaik gempa bumi melanda kawasan pantai.

"Saya sedang tidur, tetapi gempa bumi menyebabkan saya terjaga kerana gegarannya agak kuat," kata Zagoto kepada AFP.

di Filipina, kawasan pantai dilanda gempa bumi pada 5.05 pagi waktu tempatan menyebabkan penduduk di Manila terjaga berikutan bangunan bergegas.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan tiada kerosakan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2022 @ 1:47 PM