KERETA dinaiki mangsa merempuh pondok di tepi jalan. FOTO ihsan pembaca
KERETA dinaiki mangsa merempuh pondok di tepi jalan. FOTO ihsan pembaca
Siti Nadzirah Che Mud

am@hmetro com.my

Machang: Dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pondok di tepi jalan di Kilometer 3.2 Jalan Machang-Tanah Merah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu mangsa Noor Khaira Hasbullah, 32, memandu Perodua Viva bersama rakannya Mohd Hidayatullah Zainuddin, 28, maut di tempat kejadian akibat parah.

Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Tanah Merah menghala ke Machang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan serta berpusing sebelum melanggar sebuah pondok di tepi jalan.

"Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 2:33 PM