IHSAN Bomba dan APM
IHSAN Bomba dan APM
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Beberapa kawasan di sekitar Georgetown dinaiki air selepas hujan lebat lebih dua jam, di sini, petang ini.

Hujan lebat yang bermula kira-kira 4 petang itu menyebabkan paras air naik hingga 0.7 meter.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah kawasan Jalan P Ramlee, Jalan Gemas dan Kampung Lama dan Air Itam.

IHSAN Bomba dan APM
IHSAN Bomba dan APM

Beberapa kenderaan turut ditenggelami air termasuklah di kawasan Air Itam dan Jalan Masjid Negeri.

Selain itu, terdapat juga kenderaan dihempap pokok di Jalan Pattani berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2016 @ 7:33 PM