Penduduk membaiki bumbung rumah yang diterbangkan dalam kejadian ribut di Taman Desa Rhu dekat Sikamat di Seremban hari ini. Foto Ihsan APM
Penduduk membaiki bumbung rumah yang diterbangkan dalam kejadian ribut di Taman Desa Rhu dekat Sikamat di Seremban hari ini. Foto Ihsan APM
Hasbi Sidek


SEBELAS rumah di Taman Desa Rhu dekat Sikamat di Seremban rosak selepas bumbungnya tercabut dalam kejadian hujan lebat dan ribut petang hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah bergegas ke lokasi bagi membantu memantau kejadian dan kediaman penduduk.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 5.50 petang.

Menurutnya, pemantauan di lokasi kemudiannya mengesan sebanyak 11 rumah terjejas dalam kejadian terbabit.

Bagaimanapun, katanya, tiada penduduk yang dipindahkan dan pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibuka.

Anggota APM berbincang dengan penduduk yang terbabit dalam kejadian ribut di Taman Desa Rhu dekat Sikamat di Seremban hari ini. Foto Ihsan APM
Anggota APM berbincang dengan penduduk yang terbabit dalam kejadian ribut di Taman Desa Rhu dekat Sikamat di Seremban hari ini. Foto Ihsan APM

“Kejadian terbabit juga tidak membabitkan kecederaan kepada penduduk.

“Kami ada menerima maklumat bahawa ada satu keluarga bermalam di inap desa sementara rumah mereka dibaiki.

“Kebajikan penduduk dipantau APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 10:40 PM