Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mara setapak lagi apabila memperkenalkan barangan jenama sendiri iaitu Pescao yang dilancarkan, hari ini.

Ia merangkumi produk berasaskan cenderahati dan pakaian yang boleh di dapati menerusi laman web www.pescao55.com atau pun kedainya di Petaling Utama.

Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu berkata, semua produk itu dijual dengan harga berpatutan dan berharap peminatnya dapat membeli koleksi jenamanya itu.

Pescao dalam bahasa Sepanyol bermaksud 'ikan kecil' adalah nama gelaran untuk Hafizh.

"Sebelum ini ramai peminat bertanya kepada saya bagaimana untuk mendapatkan jenama pakaian saya.

"Jadi sekarang lebih mudah. Anda boleh mendapatkannya menerusi jualan atas talian atau berkunjung ke kedai di Petaling Utama.

"Hujung minggu ini juga produk saya akan dijual di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena Grand Prix Malaysia" katanya.

Pada majlis sebentar tadi yang berlangsung di sebuah stesen minyak, Hafizh juga sempat beramah mesra dengan peminatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 12:00 AM
Hafizh meluangkan masa bersama peminat di Petaling Jaya. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN
Hafizh meluangkan masa bersama peminat di Petaling Jaya. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN