SEORANG penunggang motosikal cedera ketika cuba melarikan diri daripada sekatan pihak polis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
SEORANG penunggang motosikal cedera ketika cuba melarikan diri daripada sekatan pihak polis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
PENUNGGANG motosikal menolak motosikal selepas ditahan polis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
PENUNGGANG motosikal menolak motosikal selepas ditahan polis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Lapan individu ditahan dan 21 motosikal disita dalam operasi cegah lumba haram yang dijalankan di Jalan Ayer Tawar-Lumut, berhampiran Pusat Bowling Ocean Bowl, di sini, awal pagi hari ini.

Operasi bermula 2 pagi hingga 7 pagi itu disertai 50 anggota dan pegawai polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, seramai 40 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi itu.

"Hasil pemeriksaan, 24 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan antaranya seperti mengubah suai ekzos dan enjin, tiada lesen memandu dan cukai jalan serta tidak memakai topi keledar.

"Kita menahan enam individu mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang secara melulu dan membahayakan orang awam serta dua lagi yang mempunyai waran tangkap tunggakan saman," katanya.

Menurutnya, operasi dijalankan bagi pemeriksaan kenderaan ekoran daripada kes kecurian motosikal serta faktor kadar kemalangan maut semakin meningkat di daerah ini dan lokasi itu juga adalah tumpuan lumba haram.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 9:50 AM