Kuala Lumpur: PMB Investment Berhad, syarikat Kumpulan Pelaburan MARA mengumumkan pengagihan pendapatan untuk tiga dananya, PMB Dana Bestari (Dana Bestari), PMB Shariah Wholesale Income Fund 1 (PMB SWIF1) dan PMB Shariah Cash Management Fund (PMB SCMF).

PMB dalam kenyataannya berkata, agihan pendapatan ketiga-tiga dana terbabit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015.

Menuruntya, Dana Bestari mengumumkan agihan pendapatan bersih sebanyak 1.60 sen dalam bentuk unit baru yang mewakili hasil sebanyak 4.09 peratus berbanding nilai aset bersih dana pada awal tempoh terbabit.

PMB SWIF1 pula mengisytiharkan agihan pendapatan bulanan sebanyak 0.28 sen bersih dalam bentuk unit. Bagi PMB SCMF, kumpulan mengumumkan agihan pendapatan bulanan 0.10 sen bersih dalam bentuk unit dalam bulan terbabit dengan nilai aset bersih (NAV) pendapatan seunit diselaraskan kepada RM0.5047.

Semua pemegang unit pada 30 September 2015 berhak memperoleh pulangan dalam bentuk unit baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 5:30 AM