Chong Wei akan berdepan Zwiebler pada empat terakhir. FOTO Agensi
Chong Wei akan berdepan Zwiebler pada empat terakhir. FOTO Agensi
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke pusingan separuh akhir kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun.

Pada perlawanan berlangsung di Gimnasiun Metropolitan Tokyo, hari ini Chong Wei menundukkan pemain China dari pusingan kelayakan, Shi Yuqi dengan straight set, 21-12 dan 21-12.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil itu bakal berdepan pemain Jerman, Marc Zwiebler.

Turut mengiringi jaguh negara itu ialah beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying namun beregu wanita Vivian Ho-Woon Khe Wei tewas 22-20, 21-23 dan 14-21 kepada pasangan ranking kelima dunia, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark.

Peng Soon-Goh Liu Ying menyekat kemaraan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Shin Seung Chan 21-17, 21-18.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dijadual bertemu pasangan Ko Sung Hyun-Kim Ha Na dari Korea Selatan atau Nipitphon Phuangphuapet-Jongkolphan Kititharakul pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 5:03 PM