LOKASI kejadian suspek mati ditembak. FOTO ihsan Polis
LOKASI kejadian suspek mati ditembak. FOTO ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Suspek bunuh tiga sekeluarga dan pemilik kilang memproses ayam di Batu Maung, kelmarin ditembak mati berhampiran bank di Jalan Air Itam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.15 malam tadi, suspek dikatakan berbalas tembak dengan sepasukan polis Bukit Aman yang menjejakinya sejak kelmarin.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Razaruddin Hussain mengesahkan kejayaan menumpaskan suspek namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan di lokasi masih dijalankan.

Dalam kejadian 2.55 pagi kelmarin, suspek Chung Chun Wah, 32, menembak mati ibu, adik, anak saudara serta teman lelaki ibunya di kilang memproses ayam di Jalan Baru, Batu Maung, Balik Pulau.

Suspek dikatakan berang kerana tidak mendapat wang untuk membeli dadah dan dia kemudian melarikan diri.

Berita berkaitan:

Jumpa kenderaan suspek tembak keluarga

Tiga sekeluarga maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:36 PM