PEMAND bas ekspres dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh Isnin lalu selepas direman. FOTO L Manimaran
PEMAND bas ekspres dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh Isnin lalu selepas direman. FOTO L Manimaran
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Pemandu bas ekspres yang merempuh 10 kereta dalam kejadian di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora, di sini Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman empat harinya berakhir hari ini.

Lelaki berusia 51 tahun itu dibebaskan selepas polis selesai menjalankan siasatan terhadapnya dan kertas siasatan sudah dihantar ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan lengkap daripada beberapa agensi yang menjalankan pemeriksaan terhadap bas ekspres berkenaan.

"Pemandu itu diberi jaminan polis hari ini selepas tempoh remannya tamat.

"Kertas siasatan juga sudah dihantar kepada pihak pendakwaan semalam dan polis diarahkan menunggu laporan daripada agensi berkaitan yang menjalankan siasatan termasuk PUSPAKOM," katanya ketika ditemui di Program Komuniti Kepolisian di sini, hari ini.

Menurutnya, polis juga sudah merakamkan banyak keterangan daripada mereka yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk penumpang bas dan semua pemandu kereta yang dirempuh.

Berita berkaitan:

Bas ada 63 saman [METROTV]

Pemandu bas direman [METROTV]

Bas rempuh 10 kereta

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 10:58 AM