LOKASI mayat bayi yang ditemui orang awam. FOTO ihsan pembaca
LOKASI mayat bayi yang ditemui orang awam. FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Mayat bayi berusia lima bulan ditemui dalam keadaan perut pecah dan dibungkus menggunakan kain putih di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di sini, kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mayat bayi terbabit ditemui orang awam di atas tanah kubur sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Siasatan di lokasi kejadian turut menemui bungkusan plastik dipercayai uri bayi berkenaan kira-kira 20 meter dari jarak mayat dijumpai," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Difahamkan sehingga kini jantina bayi berkenaan gagal dikenal pasti.

Zainol memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 9:34 PM