Jalan yang akan ditutup bermula 4 petang esok berikutan perarakan Thaipusam ke kuil Jalan Bandar. FOTO ihsan polis
Jalan yang akan ditutup bermula 4 petang esok berikutan perarakan Thaipusam ke kuil Jalan Bandar. FOTO ihsan polis
Nurul Hidayah Bahaudin


LAPAN belas jalan di sekitar Kuala Lumpur ditutup berikutan perarakan balik Thaipusam ke kuil Jalan Bandar pada 4 petang esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat sehingga 2 pagi, 2 Februari nanti.

“Jalan yang terbabit ialah Jalan Batu Caves (MRR2), Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalan Pekeliling, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang dan Leboh Ampang.

“Selain itu, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Bulatan Jalan Pudu, Jalan Cheng Lok, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Jalan Tun H S Lee menuju ke Kuil Sri Maha Mariamman juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 3:43 PM