MAYAT Marcos yang belum dikebumikan sejak dia meninggal dunia pada 1989.
MAYAT Marcos yang belum dikebumikan sejak dia meninggal dunia pada 1989.

Manila: Presiden Rodrigo Duterte semalam berikrar akan membenarkan bekas diktator Ferdinand Marcos dikebumikan di ‘Makam Pahlawan’ walaupun terdapat ancaman membantahnya.

Walaupun pemerintahan Marcos dicemari rasuah dan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa, Duterte berkata, selaku bekas presiden dan anggota tentera, dia layak dikebumikan di tanah perkuburan khas.

“Saya akan membenarkan dia dikebumikan di situ (Makam Pahlawan). Dia layak dan jika ada rakyat Filipina lain yang tidak suka, saya tidak peduli,” katanya ketika berucap kepada wartawan dan anggota tentera awal pagi semalam.

Keluarga Marcos mengawetkan mayatnya dan mempamerkannya kepada orang ramai selepas dia mati pada 1989 ketika hidup dalam buangan berikutan revolusi rakyat tiga tahun sebelum itu.

Mereka mendesak dia dikebumikan dengan penuh penghormatan di makam itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 9:57 AM