AMAN Mustapha (baju T hitam, berdiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
AMAN Mustapha (baju T hitam, berdiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan mengesan 500 pengguna dan pengdar dadah baru dalam kes penyalahgunaan dadah di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Aman Mustapha berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan siasatan pihaknya dan maklumat orang awam.

"Berikutan itu, kita menjalankan kempen Perangi Dadah Habis-habisan dan operasi secara lebih kerap lagi bagi mencari dan membanteras penyalahgunaan dadah.

"Pemantauan dibuat dan jika ditangkap, mereka akan ditahan serta diberi rawatan pemulihan dadah selain motivasi," katanya ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri AADK, di sini, hari ini.

Aman berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama agensi keselamatan lain dalam usaha perangi dadah termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 6:39 PM