Jentera AADK  merobohkan lokasi tumpuan penagih dadah di Kampung Hilir.
Jentera AADK merobohkan lokasi tumpuan penagih dadah di Kampung Hilir.

Kubang Pasu: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu menjadikan 2017 sebagai tahun perang habis-habisan terhadap gejala penyalahgunaan dadah.

Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Mohd Zaki Ablah berkata, daerah itu dikesan antara yang tertinggi di Kedah selepas Kuala Muda dan Kota Setar terbabit dalam dadah.

“Kini, kami ada 824 penagih berdaftar dan dianggarkan jumlah yang belum diambil tindakan lebih 1,500.

“Kami tumpukan usaha di kawasan berisiko dan antara yang dikenal pasti di Mukim Jitra, Naga, Malau dan Jeram,” katanya selepas operasi merobohkan lokasi tumpuan penagih di Kampung Hilir sempena Program Perangi Dadah Habis-Habisan Daerah Kubang Pasu semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 7:55 AM