LDP sediakan diskaun 60 sen sempena Aidilfitri. - Foto Litrak
LDP sediakan diskaun 60 sen sempena Aidilfitri. - Foto Litrak
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengguna Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) masing-masing akan menikmati diskaun 20 sen dan 60 sen bagi semua kelas kenderaan pada Aidilfitri pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Sazally Saidi berkata, diskaun itu bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

“Dianggarkan hampir 492,000 pengguna lebuh raya LDP dan Sprint mendapat manfaat daripada sejumlah RM235,000 subsidi tol Litrak itu,” katanya selepas majlis berbuka puasa Litrak bersama 40 kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan Baitul Ufah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Sazally berkata, sejak 2010 hingga 2015, sejumlah RM8.6 juta subsidi tol diberi kepada hampir 13.1 juta pengguna LDP dan Sprint pada musim perayaan utama di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 12:08 AM