Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) bakal menikmati diskaun tol sebanyak RM0.20 dan RM0.60, manakala bagi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), diskaun diberikan RM0.20 untuk kenderaan Kelas Satu pada Aidilfitri pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Sazally Saidi berkata, diskaun tol itu akan bermula jam 12.01 tengah malam sehingga 11.59 malam pada Aidilfitri pertama.

"Bagi ketiga-tiga lebuh raya berkenaan kita menanggung subsidi sebanyak RM264,000 dan lebih 600,000 pengguna akan menikmati diskaun tol yang kita laksanakan pada Aidilfitri yang pertama.

"Sejak 2010 sehingga tahun lalu, kita sudah menanggung subsidi seperti ini sebanyak RM10 juta dan kita laksanakan ketika musim perayaan di negara ini," katanya di Kompleks Operasi LITRAK di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Menurutnya, langkah itu menjadi satu platform untuk syarikat konsesi ini bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Syawal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 6:18 PM