FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Hamizah Badiran


Kuala Lumpur: Pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Shah Alam (LSA/KESAS) masing-masing bakal menikmati diskaun 60 sen, 20 sen dan 10 peratus pada 28 Januari ini sempena Tahun Baru Cina 2017.

Diskaun di LDP dan SPRINT diberikan bagi semua kelas kenderaan manakala di KESAS pula untuk kenderaan kelas satu sahaja.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, diskaun itu bermula pada 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

"Dianggarkan 578,000 pengguna lebuh raya akan mendapat manfaat daripada sejumlah RM221,000 subsidi tol oleh LITRAK, SPRINT dan KESAS.

"Sejak 2010 hingga 2016, LDP dan SPRINT sudah membelanjakan hampir RM9.9 juta diskaun tol kepada hampir 16 juta pengguna manakala KESAS pula RM1.8 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Amal Tahun Baru Cina 2017 bersama 49 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Charis dan Rumah Kebajikan Chempaka di TGV Cinemas, Setiawalk, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 11:41 AM