Afiq Hanif


Peminat DC Comics, secara spesifiknya Batman memperoleh khabar gembira apabila Samsung menawarkan edisi khas Galaxy S7 edge Injustice Edition khas kepada 500 pembeli saja di negara ini.

Ia akan mula dipasarkan 17 Jun ini dengan pakej menarik apabila dijual sekali dengan set Gear VR (edisi hitam), kasing khas (edisi Injustice) dan baucar eksklusif bagi kandungan serta perkhidmatan lain.

Telefon edisi khas ini mempunyai logo Batman di belakang dengan skrin yang ditutup juga memaparkan logo terbabit.

Selain itu, terdapat game Injustice: Gods Among Us yang boleh dimainkan bersama telefon ini didapati percuma di Google Play.

Bagi yang ingin mendapatkan edisi terhad telefon Batman ini, anda boleh melayari www.samsung.com/my/gs7injustice untuk menempahnya bermula 10 pagi 17 Jun 2016 ini.

INFO

SAMSUNG GALAXY S7 EDGE INJUSTICE EDITION

- Harga: RM4,099

- OS: Android 6.0 Marshmallow

- Rangkaian: LTE Cat.9

- Dimensi: 150.9 x 72.6 x 7.7mm

- Berat: 157g

- Pemprosesan: Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm

- Storan: 32 (UFS 2.0) + mikroSD (hingga 200GB)

- RAM: 4GB LPDDR4

- Skrin: 5.5” Quad HD Super AMOLED, 2560 X 1440 (534ppi)

- Kamera: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS, 5MP (depan)

- Bateri: 3600mAh

- Ciri: IP68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 12:53 PM