Samsung memperkenalkan model S7 dan S7 edge warna merah jambu emas (Pink Gold) yang mula dijual di Korea Selatan pada hari ini sebelum jualannya diperluaskan ke pasaran tertentu tidak lama lagi.

Sebelum ini, kedua-dua model terbabit hanya ditawarkan dengan warna hitam, kelabu, putih dan emas.

Bagaimanapun, tiada perubahan pada spesifikasi dalaman model S7 dan S7 edge yang menyaksikan Samsung mengembalikan semula slot kad memori mikroSD pada dua telefon terbabit yang mampu menampung kapasiti sehingga 200GB manakala kemampuan bateri ditambah kepada 3600mAh.

Menariknya, Samsung juga menetapkan ciri IP68 pada kedua-dua telefon yang menjadikan ia kalis air dan habuk.

Samsung hanya memperkenalkan model S7 edge di Malaysia manakala S7 masih belum dijual di negara ini.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY S7 EDGE

Harga: RM3,099

OS: Android 6.0 Marshmallow

Rangkaian: LTE Cat.9

Dimensi: 150.9 x 72.6 x 7.7mm

Berat: 157g

Pemprosesan: Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm

Storan: 32 (UFS 2.0) + mikroSD (hingga 200GB)

RAM: 4GB LPDDR4

Skrin: 5.5” Quad HD Super AMOLED, 2560 X 1440 (534ppi)

Kamera: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS, 5MP (depan)

Bateri: 3600mAh

Ciri: IP68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 5:56 AM