SAMSUNG GALAXY S8+
SAMSUNG GALAXY S8+
SAMSUNG GALAXY S8
SAMSUNG GALAXY S8
Afiq Hanif

Peminat siri Galaxy S atau pengguna telefon pintar yang tak sabar dengan gajet baru masih boleh menantikan Samsung membuka pratempahan dua model telefon pintar terbarunya, Galaxy S8 dan S8+ hingga esok dengan harga RM3,299 dan RM3,699.

Pengguna yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di www.samsung.com/my/s8preor­der dengan pilihan warna hitam, kelabu atau emas.

Pelanggan pertama yang mendaftar akan menerima kit pemula edisi terhad yang mengandungi pelindung telefon, pelindung skrin, pad pengecas tanpa wayar, kabel USB Type C dan pek bateri 5100mAh yang semuanya bernilai RM900.

S8 dan S8+ juga datang dengan pilihan perlindungan Samsung Protection Plus yang memberi perlindungan setahun untuk skrin dan tambahan jaminan peranti setahun.

Kedua-dua peranti mempunyai kelajuan pemprosesan octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64-bit dengan RAM 4GB jenis LPDDR4 yang turut dilengkapi kamera Dual Pixel 12MP OIS (f1.7) dan kamera depan 8MP AF (f1.7).

INFO

SAMSUNG GALAXY S8

• Harga: RM3,299

• OS: Android 7.0

• Rangkaian: LTE Cat.16

• Saiz: 148.9 x 68.1 x 8.0mm

• Berat: 152g

• Pemprosesan: octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

• Memori: 4GB LPDDR4

• Storan: 64GB (UFS 2.1)

• Paparan: 5.8 inci Quad HD+, 570ppi

• Kamera: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

• Kamera depan: 8MP AF (f1.7)

• Bateri: 3000mAh, Fast Charging

• Samsung Pay: NFC, MST

SAMSUNG GALAXY S8+

• Harga: RM3,699

• OS: Android 7.0

• Rangkaian: LTE Cat.16

• Saiz: 159.5 x 73.4 x 8.1mm

• Berat: 173g

• Pemprosesan: octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

• Memori: 4GB LPDDR4

• Storan: 64GB (UFS 2.1)

• Paparan: 6.2 inci Quad HD+, 529ppi

• Kamera: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

• Kamera depan: 8MP AF (f1.7)

• Bateri: 3500mAh, Fast Charging

• Samsung Pay: NFC, MST

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 11:24 AM