SAMSUNG Galaxy S7 Edge
SAMSUNG Galaxy S7 Edge
SAMSUNG Galaxy S7 Edge
SAMSUNG Galaxy S7 Edge
Afiq Hanif


Samsung Malaysia Electronics (SME) bakal memberi definisi baru untuk telefon pintar apabila mereka memperkenalkan model Galaxy S7 edge esok dengan pelbagai ciri baru yang mengagumkan.

Galaxy S7 edge memiliki imej kualiti tinggi, tidak kira siang atau malam malah lokasi apabila kemampuan kamera pula lebih baik dibantu apertur seluas f1.7 mampu memasukkan lebih banyak cahaya untuk merakam lebih jelas dalam situasi yang gelap.

Ciri dinamakan Phase Detection Pixel menjadikannya 100 peratus lebih baik berbanding model lama.

Kalau dulu, lensa pada kamera belakang agak tersembul, namun kali ini ia lebih nipis dan seakan-akan tidak kelihatan dari pandangan tepi.

Telefon ini juga mengembalikan semula slot kad memori mikroSD untuk membolehkannya menampung kapasiti storan sehingga 200GB.

Menariknya, Samsung juga menetapkan standard IP68 pada S7 edge untuk menjadikannya kalis air dan habuk.

Samsung turut memperkenalkan ciri baru sempena penambahbaikan sebanyak 30 peratus pada CPU dan 60 peratus pada GPU berbanding S6 apabila memasukkan fungsi ‘game launcher’ atau pelancar game yang menempatkan aplikasi game yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar.

S7 edge mempunyai lebih evolusi apabila bahagian tepi kini boleh ditetapkan dengan dua baris yang menempatkan ikon berbanding hanya sebelah sebelum ini.

SME mengadakan siri jelajah memperkenalkan Samsung Galaxy S7 Edge kepada peminat model baru itu di seluruh negara bermula esok.

Lebih baik, sambutan diterima menerusi Samsung Galaxy S7 Edge yang terjual lebih 3,000 unit dalam beberapa jam, Samsung menganjurkan pameran bergerak meraikan ketibaan telefon pintar itu di Malaysia.

Selain mendapatkan tawaran eksklusif menjadi pemilik pertama bagi peranti menakjubkan ini, pameran bergerak Galaxy S7 berlangsung di beberapa lokasi iaitu Centre Court, Suria KLCC Shopping Mall (18-22 Mac Kuala Lumpur), Pintu Masuk G Floor Utama, KSL City, Johor Bahru, (18-21 Mac), Pusat Atrium, Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang (18-20 Mac) dan pada 18-20 Mac di C Atrium, Kelincahan Megamall, Kuching, Sarawak.

Sempena ketibaannya di Malaysia, Samsung menawarkan pengunjung Samsung Gear VR percuma dan tawaran lain serta diskaun pembelian untuk Samsung Galaxy S7 Edge. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.­samsung.com/my.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) antara syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan S7 edge secara pakej melalui pelan First sama ada 12 atau 24 bulan.

Ia juga memasukkan S7 edge dalam program NewPhone yang mana pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM145 sebulan untuk memiliki telefon pintar ini.

Maxis Berhad pula menjadikan pemilikan Samsung Galaxy S7 edge lebih menarik apabila ia menawarkan jam pintar Samsung Gear S2 Classic Platinum bernilai RM1,899 secara percuma jika menempahnya di Maxis.

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) pula menawarkan S7 edge pada harga serendah RM1,499 bersama pelan pascabayar 68, 98, 148 atau 238.

Terdapat tawaran lain yang disediakan termasuk diskaun RM200 jika pembeli hadir sendiri ke cawangan Digi untuk mendapatkan S7 edge.

Jika anda berminat untuk membeli secara ‘online’ pula, Digi menawarkan pengecas tanpa wayar

bernilai RM139 secara percuma.

INFO

SAMSUNG GALAXY S7 EDGE

- Harga: RM3,099

- OS: Android 6.0 Marshmallow

- Rangkaian: LTE Cat.9

- Dimensi: 150.9 x 72.6 x 7.7mm

- Berat: 157g

- Pemprosesan: Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm

- Storan: 32 (UFS 2.0) + mikroSD (hingga 200GB)

- RAM: 4GB LPDDR4

- Skrin: 5.5” Quad HD Super AMOLED, 2560 X 1440 (534ppi)

- Kamera: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS, 5MP (depan)

- Bateri: 3600mAh

- Ciri: IP68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 11:07 AM