DUTA Ephyra Memey Suhaiza.
DUTA Ephyra Memey Suhaiza.
SERUM Ephyra Skin Nano Advanced Repair untuk mengatasi masalah kulit.
SERUM Ephyra Skin Nano Advanced Repair untuk mengatasi masalah kulit.
DARI kiri, Memey, Dr Deleila, Amiza dan Norman pada majlis Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda anjuran Oceanlife baru-baru ini.
DARI kiri, Memey, Dr Deleila, Amiza dan Norman pada majlis Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda anjuran Oceanlife baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib


Terdedah kepada sinaran ultraungu (UV) matahari dalam tempoh yang panjang menjadi penyebab kepada masalah kulit. Antaranya kulit kering, kusam, jerawat, jeragat sehingga kepada kanser kulit.

Ini diakui pakar estetik Dr Hatun Deleila Azrai yang mengatakan, antara masalah utama wanita ialah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan golongan ini berasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri.

“Tanpa mengira usia, seawal usia 20-an wanita berisiko untuk berdepan masalah kulit wajah. Jeragat bukan saja mencacatkan penampilan seseorang, malah jika tidak dikawal dan dirawat ia boleh menjurus kepada masalah yang lebih serius seperti kanser kulit.

“Kajian menunjukkan kira-kira 80 hingga 90 peratus wanita Asia mengalami masalah jeragat dan ia kerap muncul pada bahagian muka seperti kawasan pipi, hidung dan dahi,” katanya yang berucap dalam majlis Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda anjuran Oceanlife Marketing Sdn Bhd baru-baru ini.

Dia menambah, kajian pakar kulit mendapati terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya jeragat. Antara faktor utama ialah sinaran UV. Sinaran UV berlebihan menyebabkan kulit kita menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlaku secara berlebihan, ia menyebabkan tompokan hitam mula terjadi dan tidak terkawal.

“Sebanyak 95 peratus melanoma atau kanser kulit disebabkan oleh radiasi UV di lapisan atas kulit. Ultraungu A (UVA) dan ultraungu B (UVB) menyebabkan kerosakan sel genetik dan mengurangkan ketahanan kulit terhadap kanser.

Jika kulit tidak dapat membaiki kerosakan oleh sinaran UV ini, sel akan tumbuh rata dan menyebabkan kanser.

“Faktor lain pula penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Kebanyakan kosmetik hari ini mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Kandungan bahan kimia yang tinggi dan di luar pengawalan boleh menyebabkan proses penghasilan sel kulit baru terbantut dan tidak aktif.

“Lantaran itu, sekiranya orang ramai membeli kosmetik di pasaran terbuka, baca dahulu kandungannya dan buat sedikit kajian. Apabila terlalu terburu-buru memilih produk kerana pujukan iklan dan sebagainya, ia menyebabkan wanita terperangkap. Cantiknya hanya sementara, tetapi menderita sepanjang hayat,” katanya.

Kehilangan banyak nutrien

Dr Deleila menambah, jeragat juga boleh terjadi akibat pertambahan usia. Semakin meningkat usia seseorang, kulitnya semakin kehilangan banyak nutrien. Ini secara tidak langsung menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi untuk melindungi sel daripada sinaran UV dengan sepenuhnya. Perkara ini bertambah buruk sekiranya seseorang itu sememangnya mempunyai keturunan yang mempunyai jeragat.

“Peningkatan usia seseorang tidak boleh dihalang, namun proses penuaan boleh diperlahankan. Misalnya wanita yang terpaksa mendedahkan wajahnya pada sinaran UV, harus mencari jalan untuk mengelaknya. Diikuti dengan langkah memilih produk sesuai dan selamat digunakan.

“Begitu juga apabila mempunyai keluarga yang bermasalah kulit wajah dan jeragat. Sebaik-baiknya rawat wajah ketika usia masih muda dan konsisten kerana penjagaan yang betul dan berterusan membantu melewatkan proses kedutan, jeragat dan masalah lain,” katanya.

Pencegahan jeragat dapat dilakukan dengan menggunakan pelindung tabir suria . Selain itu kurangkan tempoh terdedah kepada cahaya matahari.

“Terdapat juga pelbagai jenis produk yang mengandungi kimia, tetapi selamat untuk memperbaiki jeragat seperti hydroquionone (preskripsi doktor), asid azelid, asid kojic, ekstrak licorine, arbutin, rucinol, resveratrol, asid trexanamic dan asid glylolic atau asid salicylic.

“Mengambil makanan yang kaya dengan antioksida, dan vitamin C juga sangat baik untuk mengelak jeragat,” katanya.

Cuaca penyumbang masalah kulit

Sementara itu, kempen kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda yang dilancarkan itu bertujuan memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka seawal usia 20-an dalam cabaran cuaca hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Amiza Amiruddin yang juga pengasas produk penjagaan wajah dan kesihatan terkenal Epyhra.

Dia turut berkata, faktor cuaca di negara ini banyak menyumbang kepada pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, mudah gelap, berjerawat, berjeragat dan berminyak.

“Setiap wanita pasti menghadapi masalah terbabit dan jika tidak dimulakan penjagaan, masalah ini menjadi bertambah rumit dan mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi bagi merawatnya.

“Sehubungan itu, Epyhra menambah dua lagi rangkaian produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair dan Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair,” kata Amiza.

Serum berteknologi Nano dan dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya air manakala pelembap muka menggunakan teknologi Geno-White pula sangat mudah menyerap dan tidak melekit atau berminyak.

“Serum dan pelembap ini sememangnya dirumus khas dan fokus kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kusam. Kedua-duanya tidak melekit dan mudah meresap sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Formulasi semula jadi dengan kandungan bahan antioksida seperti glutathione, vitamin C dan E banyak memberikan manfaat kepada kulit,” katanya.

Serum dan pelembap itu bertindak melalui tiga peringkat iaitu memulih, memperbaharui dan melindungi kulit wajah secara menyeluruh. Ia berupaya mengembalikan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang bersih, tegang dan muda.

Hasil serapan yang tinggi menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap yang paling maksimum dan seterusnya menghasilkan kulit tampak bermaya, cerah dan sempurna. Ia juga turut melindungi kulit daripada sinaran UV dengan cara meneutralisasi proses oksidasi kulit yang menjadi agen antioksida yang berkesan.

“Penggunaan serum dan pelembap muka ini secara berterusan setiap hari (siang dan malam) akan memberikan kesan optimum kepada kulit dan seterusnya impian memiliki kulit yang bersih, cantik dan berseri dapat direalisasikan,” katanya.

Turut hadir duta Epyhra, pelakon Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim. Memey yang menggunakan produk Epyhra termasuk serum dan pelembap muka juga mengakui keberkesanan produk ke atas kulit wajahnya.

“Sejak mengamalkan serum dan pelembap Epyhra, saya rasa kulit lebih cerah, anjal dan berseri secara semula jadi. Saya semakin yakin untuk keluar rumah walaupun tanpa menggunakan solekan yang tebal. Ditambah pula, baru-baru ini Ephyra dianugerahkan pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Ini membuatkan pengguna semakin yakin dengan kualiti dan kredibiliti produk tempatan,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/oceanlife2u.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 11:21 AM