Hamilton memecut pada laluan litar Monaco. FOTO AP
Hamilton memecut pada laluan litar Monaco. FOTO AP
Reuters

Monaco: Juara bertahan Formula Satu (F1) Lewis Hamilton mencatat masa terpantas sepusingan sesi latihan pertama sebentar tadi menjelang perlumbaan Grand Prix Monaco Ahad ini.

Sesi itu bagaimanapun terpaksa dipendekkan berikutan beberapa insiden disebabkan serpihan dan penutup longkang longgar di bahagian tertentu laluan.

Pemandu Britain itu, memacu kereta Mercedes ketinggalan 43 mata di belakang rakan sepasukan Nico Rosberg selepas berakhir lima perlumbaan musim ini.

Dia berlanggar dengan pemandu Jerman itu di Sepanyol 11 hari lalu, mencatat masa terpantas di litar penuh mencabar itu dengan merakam masa satu minit 15.537 saat.

Rosberg, pemenang sejak tiga tahun lalu di laluan perbandaran itu mencatat masa kedua terpantas dengan 1:15.638 menggunakan tayar paling lembut.

Pemandu Ferrari Sebastian Vettel ketiga terpantas diikuti pemandu Australia memandu Red Bull Daniel Ricciardo dan pemandu Belanda berusia 18 tahun Max Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 7:03 PM