AFP

Monaco: Pemandu Mercedes Nico Rosberg dan Lewis Hamilton berkata, mereka terkejut dengan kepantasan ditunjukkan pelumba Red Bull Daniel Ricciardo (gambar) ketika sesi latihan menjelang perlumbaan Grand Prix Monaco minggu ini.

Pelumba Australia itu mencatat masa sepusingan terpantas, mengatasi juara tiga kali Hamilton sambil Rosberg menduduki tangga ketiga di depan pelumba remaja Belanda Max Verstappen yang juga rakan sepasukan Ricciardo di Red Bull.

“Memang sesuatu yang mengejutkan apabila melihat betapa pantasnya mereka berdua,” kata Rosberg.

“Kami memang menjangkakan mereka akan berada di sana atau dalam kelompok teratas tapi apa yang membuatkan kami terkejut adalah catatan masa mereka. Kami tidak menjangkakan mereka akan sepantas itu. Jelas kami perlu bekerja lebih keras bagi menyaingi mereka.”

Hamilton pula dilihat lebih tenang berbanding rakan sepasukannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 5:10 AM