PENGERUSI DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bersama calon DAP menunjukkan mesej kepada pengundi di sidang media DAP di Kuching. FOTO Che Rani Che Din
PENGERUSI DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bersama calon DAP menunjukkan mesej kepada pengundi di sidang media DAP di Kuching. FOTO Che Rani Che Din
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuching: DAP Sarawak melancarkan manifesto yang mempunyai sepuluh teras bagi Pilihan Raya Negeri ke-11, hari ini.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata manifesto kali ini membawa tema Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat.

Antara teras manifesto berkenaan adalah perkhidmatan bas percuma, perkongsian sumber hutan yang adil, perkongsian tanah oleh semua, mencipta peluang pekerjaan dan memperbaiki liputan Internet.

Selain itu, manifesto berkenaan juga menekankan untuk menambah baik keselamatan, ketelusan dalam urus tadbir, perkhidmatan awam berbilang kaum, autonomi percukaian dan autonomi pendidikan.

"Manifesto ini meliputi semua aspek dalam kehidupan masyarakat dan rakyat Sarawak tidak akan terpinggir.

"Kami harap manifesto ini dapat memberikan satu impak yang besar kepada pengundi dalam PRN-11," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 1:15 PM