KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyempurnakan majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyempurnakan majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Nasharuddin Muhammad dan Shamran Sarahan


Kuching: Barisan Nasional (BN) Sarawak melancarkan manifesto mengandungi 15 teras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 di Jalan Bako di sini, pagi ini.

Manifesto BN itu dilancarkan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem disediakan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Cina, Inggeris dan Iban.

Berikut antara 15 inisiatif BN dalam manifesto BN kali ini;

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya

2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita

3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak

4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka

5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi

6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik

7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana

8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi

9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan

10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi

11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita

12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal

13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak

14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan

15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 11:37 AM