PENGARAH Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha (kanan) melawat gerai pameran TM.
PENGARAH Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha (kanan) melawat gerai pameran TM.
myMetro

Kota Bharu: Telekom Malaysia (TM) Berhad menjangkakan lebih 90 peratus daripada 43,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kelantan mampu melonjakkan perniagaan masing-masing sebanyak dua kali ganda menerusi kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar berkata, kelebihan ICT perlu dimanfaatkan usahawan agar perniagaan mereka kekal relevan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

“PKS perlu menginovasi perniagaan mereka dengan memanfaatkan ICT yang bersesuaian dan bagi membantu melancarkan proses berkenaan, TM menawarkan jalur lebar kepada lebih ramai rakyat termasuk memperluaskan liputan Unifi ke Kelantan dan kepada syarikat PKS supaya sambungan berkelajuan tinggi ini dapat mempertingkatkan capaian pasaran dan produktiviti mereka,” katanya sempena TM SME Bizfest 2016 di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:01 AM