Imri (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Webe, Azizi A Hadi (dua dari kanan) menunjukkan webebroadband biz selepas melancarkan webemobile biz dan webebroadband biz sempena SME BizFest 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan pelan perkhidmatan mobil untuk kemudahan dalam industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar berkata, dua pelan perkhidmatan yang dilancarkan itu adalah webemobile biz dan webebroadband biz.

Beliau berkata, kedua-dua pelan itu dilihat sebagai penyelesaian mobiliti digital yang dinanti-nantikan pengusaha PKS sedia ada atau yang baru memulakan perniagaan mereka. "Webemobile biz menawarkan pelan mudah alih dengan data, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) tanpa had, manakala webebroadband biz pula menawarkan jalur lebar secara mobiliti di mana saja mereka berada," katanya ketika sidang media selepas program SME BizFest 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) di sini, hari ini.

Imri berkata, TM sentiasa berusaha melakukan sesuatu yang berbeza dan merangka perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 1:15 PM