Sebahagian 2,000 pengunjung  gerai pameran TM sempena majlis perasmian SME BizFest 2016 hari ini. FOTO Syamsi Suhaimi
Sebahagian 2,000 pengunjung gerai pameran TM sempena majlis perasmian SME BizFest 2016 hari ini. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Sebanyak 90 peratus daripada 43,000 usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Kelantan menggunakan internet untuk memasarkan produk mereka.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS TM Imri Mokhtar berkata, hasilnya mereka berjaya menaikkan jualan produk masing-masing.

Katanya, ramai usahawan negeri ini sedar kepentingan internet apabila membuat pemasaran bagi menaikkan jualan barangan masing-masing.

"Bagi memberi pengetahuan kepada usahawan, kita menganjurkan seminar untuk membantu dan menggalakkan mereka menggunakan teknologi yang disediakan.

"Ia menjadikan usahawan lebih inovatif sekali gus mengembangkan perniagaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian SME BizFest 2016, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha. Hampir 2,000 usahawan PKS hadir di program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 12:53 PM