William menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar kepada wakil persatuan dan  kelab dari sekitar Pakan dan Sarikei. FOTO Harun Yahya
William menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar kepada wakil persatuan dan kelab dari sekitar Pakan dan Sarikei. FOTO Harun Yahya
Harun Yahya

Pakan: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) tidak akan tunduk dengan desakan untuk membubarkan parti itu selepas Pilihan Raya Negeri ke-11 nanti.

Bekas Presiden TERAS Tan Sri William Mawan Ikom menyifatkan tindakan itu desakan yang cuba mengeruhkan lagi konflik dalaman antara parti itu dengan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Menurut Mawan, cadangan pembubaran parti itu bagi menyelesaikan konflik dalaman membabitkan TERAS dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bukan penyelesaian terbaik.

"Harus difahami, sesebuah parti politik adalah sebuah gerakan yang membabitkan ramai orang dan kita ada pelbagai persepsi terhadap sesuatu isu.

"TERAS ada perjuangan dan hala tuju sendiri. Parti ini masih setia kepada Barisan Nasional (BN) walaupun bukan sebagai parti komponen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar di Pejabat Daerah Pakan di sini, hari ini.

Mawan yang juga calon langsung BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan mengisytiharkan keluar parti sebagai memenuhi syarat menjadi calon BN pada PRN-11 ini.

TERAS yang juga serpihan SPDP tidak boleh bertanding di bawah BN negeri kerana tidak diterima sebagai parti komponen BN.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 7:06 PM