Sony Mobile Communications (Sony) bakal memperkenalkan warna merah jambu bagi model telefon Xperia Z5 Premium yang dijual kepada pengguna bermula Mei ini.

Sebelum ini, Z5 Premium hanya ditawarkan dengan warna hitam dan kelabu. Telefon terbabit memiliki skrin 5.5 inci dengan resolusi 4K iaitu 3840 x 2160 piksel.

Baterinya masih kekal berkapasiti 3430mAh dengan sistem pengecasan pantas Qualcomm Quickcharge 2.0.

Ia boleh merakam video 4K yang boleh ditonton semula melalui skrin televisyen yang berkeupayaan format sama atau dipancarkan ke TV 4K menerusi MHL.

Sony Xperia Z5 Premium turut mempunyai pengimbas cap jari pada butang kuasa serta kalis air IP68.

SPESIFIKASI:

SONY XPERIA Z5 PREMIUM

Harga: Tidak diperoleh

Warna: Merah jambu

Pemprosesan: QualcommÆ Snapdragon 810, 64-bit Octa-core

Kamera: 23MP,

Paparan: 5.5” 4K Triluminos Display

Berat: 181g

Kad SIM: SIM, NanoSIM

Jangka hayat bateri: 2 hari

Dimensi: 154.4 x 76.0 x 7.8 mm

OS: Android 5.1 Lollipop

Ciri: IP 65/68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:11 AM