HM Digital

Sony memperkenalkan tiga model telefon, Xperia, XA2, Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 yang dikategorikan sebagai telefon peringkat pertengahan.

Xperia XA2 dan XA2 Ultra menyasarkan pengguna yang mahu memanfaatkan kamera depan dengan XA2 Ultra mempunyai dua lensa 16 megapiksel dan 8 megapiksel yang dilengkapi kamera sudut lebar ultra 120 darjah.

Kamera belakang 23 megapiksel pula dilengkapkan pada dua-dua model ini bersama sensor mudah alih 1 / 2.3 inci Exmor RS yang padu untuk pencahayaan rendah, rakaman jenis 4K dan video slo-mo 120fps.

Xperia L2 pula mempunyai skrin

5.5 inci HD yang sesuai

untuk menonton video, melayari Internet dan media sosial.

Bersama bateri 3300mAh, ia turut dilengkapi kamera 13 megapiksel di belakang dan 8 megapiksel untuk swafoto.

SPESIFIKASI:

SONY XPERIA XA2

Harga: RM1,299

Kamera: 23MP

Kamera depan: 8MP

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 630

RAM: 3GB

Skrin: 5.2 inci HDR

Bateri: 3300mAh

Storan: 32GB, slot kad microSD

Warna: perak, hitam, biru, merah jambu

SONY XPERIA XA2 ULTRA

Harga: RM1,999

Kamera: 23MP

Kamera depan: 16MP+8MP

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 630

RAM: 4GB

Skrin: 6 inci Full HD

Bateri: 3430mAh

Storan: 64GB eMMC, slot kad microSD

Warna: perak, hitam, biru, emas

SONY XPERIA L2

Harga: RM999

Kamera: 13MP

Kamera depan: 8MP

Pemprosesan: MediaTek MT6737T

RAM: 3GB

Skrin: 5.5 inci HD

Bateri: 3300mAh

Storan: 32GB eMMC, slot kad microSD

Warna: hitam, merah jambu, emas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 2:14 PM