KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tiga dari kiri) mengadakan sidang media di Pejabat Tingkat 28 di Kompleks Tun Abdul Razak, Komtar, di sini. FOTO Mikail Ong
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tiga dari kiri) mengadakan sidang media di Pejabat Tingkat 28 di Kompleks Tun Abdul Razak, Komtar, di sini. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Ketua Menteri, Lim Guan Eng cabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya, untuk menghadiri pertemuan terbuka bersama media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Ahad ini.

Menurut Guan Eng, pertemuan itu akan dibuat di pejabatnya di tingkat 28 jam 11 pagi bagi membincangkan isu pembelian banglo miliknya di Jalan Pinhorn, di sini.

"Saya cabar beliau (Shabuddin) bersemuka untuk berbincang mengenai isu ini di depan pihak media.

"Saya mahu lihat apa fakta yang mendorong beliau membuat tuduhan seperti ini dan saya tiada apa-apa untuk disembunyikan," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 2:35 PM